Salam Hormat dari kami..
Tuesday, February 12th, 2008Salam Hormat dan Selamat Datang ke laman web rasmi Deru Bio Sdn Bhd, pembuat serbuk pencuci serbaguna BioSinar 5 dalam 1. Produk kami telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 5 Jun 2007 di pameran SMIDEX bertempat di Pusat Konvensyen KLCC, Kuala Lumpur.
Buat masa ini kami sedang mempromosi Set Pengenalan (”Starter Pack”) BioSinar bernilai RM15 (Semenanjung Malaysia) dan RM20 (Sabah dan Sarawak) kepada para pengguna secara terus dari kilang. Set ini dikeluarkan buat masa yang terhad saja dan setiap pesanan akan dihantar melalui Pos Malaysia ke serata pelusuk tanahair. Dengan adanya set ini, anda boleh mencuba produk kami yang dibungkus seberat 850 gm sehingga 25 kali cucian (mesin basuhan muatan 5 kg) dan melihat sendiri keberkesanan produk kami.
Dengan BioSinar, anda boleh mencuci pakaian tanpa perlu menyental kotoran degil dan menikmati penjimatan sehingga 80% jika dibandingkan dengan jenama lain. Anda juga boleh menggunakan BioSinar sebagai pencuci serbaguna bagi mencuci langsir, lantai, barang kemas, pinggan mangkuk serta periuk belanga malah kereta pun boleh dicuci menggunakan BioSinar tanpa mendatangkan kesan negatif kepada cat pada permukaan kereta. Ini adalah kerana produk kami diformulasi supaya Mesra Pengguna serta Mesra Alam! Ianya tidak mendatangkan rasa gatal atau ruam seperti sesetengah sabun lain serta anda hanya perlu menggunakan separuh daripada sukatan air yang biasanya diperlukan untuk membilas. Dengan mengurangkan penggunaan air basuhan sebanyak separuh, anda secara tidak langsung telah menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar kita yang semakin hari semakin tercemar…
Anda juga akan dibekalkan dengan 5 sample percuma yang boleh diedarkan kepada jiran tetangga, rakan taulan atau saudara mara agar mereka juga dapat melihat sendiri keberkesanan produk kami, dan seterusnya menjadi pelanggan tetap anda. Pengguna memang mencari produk kami dan anda beruapaya menjana pendapatan sampingan yang lumayan jika menjadi Pengedar kami!
Anda boleh membuat pesanan dengan menalipon pejabat kami di 03 8736 2202, atau Annie (012 293 6382) dan Azura (012 308 6385). Pembayaran boleh dibuat secara memasukkan wang tunai di CIMB Bank No akaun 1216 0000 158 105 (DERU TEKNO SOLUTIONS), atau melalui Wang Pos kepada DERU BIO SDN BHD. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan GIRO, anda akan dikenakan caj RM2.00 oleh pihak bank anda bagi setiap transaksi.
Anda digalakkan untuk mencuba produk kami sebelum menjadi Pengedar. Senarai harga Pengedar akan kami hantar beserta maklumat produk di dalam Set Pengenalan ini. Kami juga boleh dihubungi melalui email kepada mail@derubio.com bagi menjawab sebarang kemusykilan melalui email.
Sekian sahaja kami maklumkan dan selamat mencuba!





